- PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
- Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
- Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
- Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
- Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
- Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
- Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
- Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
- Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
- Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
- Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
- Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
- Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
- Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
- Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
- Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
- Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
- Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
- Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
- Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
- Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
- Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
- Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.
TANDA-TANDA JANGKITAN VIRUS
Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:
Script ini di sediakan oleh ApaiDom904