LAMBANG PDRM DAN INTEGRITI AMALAN KITA

Bulan dan bintang

Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Mahkota

Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah Saws.jpg sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.

Keris dan parang

Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di zaman purbakala. Ia mula dicipta selepas bermulanya zaman logam dan asalnya direka oleh bangsa Arab sebelum menular ke seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri daripada kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan Filipina) dan ia juga turut digunakan pahlawan dari empayar Hindu Majapahit yang berasal dari Indonesia (ketika itu agama Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia dan Malaysia) serta Siam. Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan ia melambang semangat kepahlawanan kedua-dua negeri yang berbilang bangsa iaitu Dayak, Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.

Kepala harimau

Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat juang pasukan PDRM dalam menghadapi segala ancaman musuh. Sebelum ini, PDRM menggunakan kepala Singa sebagai lambang keberanian pada 16 September 1963 iaitu gelaran baru yang diberi selepas pembentukan Malaysia selepas kemerdekaan sehinggalah pada 15 Mei 1994, ia digantikan dengan kepala harimau sebagai lambang rasmi kerajaan Malaysia.

Bunga padi

Bunga padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta kemakmuran negara.

Moto

Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman anggota pasukan.

Sang Saka Biru

Itulah dia bendera PDRM (SANG SAKA BIRU), setiap warna atau warna membawa makna dan erti tersendiri, menjadi kemegahan anggota Polis.




Tulisan Integriti Amalan Kita di dalam Pita

- Motto yang menjadi tunjang kepada perjuangan PDRM

Bentuk bintang 5

- Membawa maksud 5 prinsip dalam PDRM, Rukun Negara dan rukun Islam

Bentuk Bunga Raya

- Membawa Maksud Kemesraan / Semangat Patriotisma

Latar Belakang Biru

- Membawa Maksud Keharmonian Warna bagi bendera Sang Saka Biru

TANDA-TANDA JANGKITAN VIRUS

Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:
  • PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
  • Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
  • Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
  • Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
  • Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
  • Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
  • Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
  • Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
  • Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
  • Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
  • Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
  • Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
  • Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
  • Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
  • Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
  • Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
  • Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
  • Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
  • Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
  • Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
  • Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
  • Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
  • Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

Hari Ini Dalam Sejarah (20/08/2008)


Pandangan dari bawah kaki(kesan peluru keluar)

Pandangan dari atas kaki(kesan peluru masuk)

Wire/Tiang Tatinum(dari Belanda RM2,500) dipasang untuk menyokong tulang ibu jari kaki yang putus kesan dari peluru Rev.38 s&w 3"(HBarrel)
Selama lebih kurang 3 bulan Wire/tiang tersebut berada di kaki kanan.Selepas dari itu hingga sekarang kesannya masih terasa bila mana hari/cuaca sejuk,namun begitu syukur aku masih boleh berjalan biar pun tidak sepantas sebelum kejadian.

Perkhidmatan Radio Amatur didefinasikan didalam Akta Komunikasi dan Multimedia (Spektrum), Peraturan tahun 2000 sebagai Perkhidmatan Radio Komunikasi (termasuk Terrestrial dan Satellite) di mana sesebuah stesyen digunakan bagi tujuan latihan sendiri , berkomunikasi dan kajian teknikal yang dibuat oleh seseorang yang ditauliahkan yang berminat dalam teknikal radio khususnya secara persendirian dan tanpa mempunyai niat lain.
Jutaan Pengendali Stesyen Radio Amatur berkomunikasi setiap hari diantara satu sama lain dengan menggunakan stesyen pengulang dan satelit amatur. Pengendali Stesyen Radio Amatur hendaklah memberikan perkhidmatan alternatif ketika berlakunya bencana sekiranya perkhidmatan komunikasi komersil tidak berfungsi dan ketiadaan kemudahan komunikasi yang lain.
Radio Amatur telah diiktiraf sebagai salah sebahagian yang penting didalam komuniti radio. Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa ( ITU ) telah menguntukkan jaluran ulangan tertentu untuk perkhidmatan radio amatur dalam bentuk asas perkongsian kepada semua stesyen radio amatur di dunia ini.

FAKTA: Radio amateur
Radio amatur juga dikenali sebagai ham radio. Radio amatur ialah hobi membina, menguji dan berkomunikasi melalui radio. Kebanyakan radio amatur melalui percubaan demi percubaan boleh memasang peralatan elektronik. Antara kelebihan radio amatur ialah boleh berkomunikasi dari mana-mana tempat dan setiap masa. Ini amat berguna ketika bencana dan terbukti di seluruh dunia, radio amatur memberi banyak bantuan kepada pihak berkuasa. Keunikan radio amatur membolehkan perhubungan antara manusia di bumi dengan angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan. Kelebihan lain radio amatur termasuk membolehkan fail atau gambar dihantar secara digital. Banyak peralatan elektronik sekarang seperti mesin faks adalah berasaskan radio amatur. Sejarah radio amatur seusia dengan kewujudan radio. Kongres Amerika Syarikat meluluskan undang-undang untuk mengawal selia pemancaran radio pada 1912. Pengguna radio amatur Amerika Syarikat berkomunikasi di seluruh negara dan mewujudkan sistem penghantaran mesej pada 1914. Radio amatur diperkenalkan di oleh orang British pada 1920.
Persatuan Radio Amatur Selangor dan Perak ditubuhkan pada 1947, manakala Malayan Amateur Radio Transmitters Society pada 1952. Pada peringkat awal di Malaysia, bilangan radio amatur tidak ramai. Hanya ada kira-kira 300 radio amatur pada 1997. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 1997, memperkenalkan lesen Kelas B yang hanya memerlukan lulus ujian teori. Lulus ujian kod Morse pula diperlukan untuk mendapat lesen kelas A. Pemegang kelas B hanya boleh menggunakan frekuensi antara 28-29.7 Megahertz (MHz), 50-54 MHz, 144-148 MHz dan 430-440 MHz. Kelas A pula boleh menggunakan lebih banyak frekuensi dan berkomunikasi ke seluruh dunia.

ASAL PENATAI BANSA IBAN

Nangka ke diatu, nadai udah ditemu bisi bup tauka dokumen ti nyemetak nerangka asal penatai bansa Iban. Pansik ke silik lalu nyengala pasal bansa Iban pan nadai udah kala dipejalaika. Orang ke tuai-tuai semina nemu bansa Iban datai ari Batang Kapuas, Kalimantan, di Indonesia.Enti nitihka pansik orang ke landik pasal mensia, bansa Iban dipelabaka datai ari menua Yunnan, di menua China. Ari Yunnan, Iban pindah ke Indochina. Ari Indochina, Iban pindah ke Semenanjung Tanah Melayu (Malaya). Ari Malaya, Iban pindah ke Sumatra. Penatai sebengkah pengarap ari menua Arab di Sumatra ngujungka Iban pindah ke Borneo laban ti ngenggaika ajar pengarap ti mentin makai dagin babi.Bisi mega siti agi pansik madahka bansa Iban tu datai ari Gunung Mensuat, semak Mecca di Saudi Arabia. Ari Gunung Mensuat, Iban pindah ke Sumatra. Ari Sumatra, Iban pindah ke Borneo iya nya nepat Batang Kapuas sebedau melunggang ke Sarawak kitu. Taja pia, bisi seraban bansa Iban ke ukai datai ari Batang Kapuas. Raban sida tu dibatak Sebatin ke bemain ai pasang enggau anak iya Derom datai ari segum gigi gumbang. Iya mega bisi siku agi anak lelaki ke benama Senaun. Sebatin tu datai ari Timur Tengah, tepawah dipangka ke gelumbang sereta terengkah di Tanjung Datu ba ujung Pulau Borneo.
Anak iya Derom beranakka Sera Bungkuk Ketuk Tunjuk Penebuk Tiang Tembang ti nurunka Iban Ulu Batang Ai, Beketan enggau Iban Saribas. Anak Sebatin ke benama Senaun tu nurunka Tugau, iya nya siku tuai bansa Rajang tauka bansa Tanjong ke chukup beberita dulu kelia. Tugau tu kering sereta berani. Empa pengering Tugau, ai kemi iya aja tepesukka daun birah (keladi). Siti agi jerita madahka bansa Iban tu datai ari Kamuja (munyi Cambodia). Iban pindah ari Kamuja meraka tasik ke Bintulu, Sarawak laban enda tan begulai enggau sebengkah raban bansa ti ganas di Kamuja ke dikumbai bansa Kamarau (munyi Khmer Rouge) ke suah kena pansa leka main asal bansa Iban.Dulu kelia di Batang Ketungau, pati Kapuas bisi dih siti menua tauka siti genturung pendiau ke dikumbai Tembawai Bejuah. Kedua bali nama iya Kemedu Repuk Lampung, Ketimbang Lentur Ujung, Temaga Gelang, Terusan Tanjung Bakung tauka Nanga Nuyan. Ba menua tu menya kitai Iban agi begulai sejalai enggau Petara, antu, jelu enggau semua leman utai enseput dalam dunya tu. Sida iya bisi tiga buah rumah panjai ti betuaika Sengalang Burung, Gemuring Gading (apai Keling) enggau Bujang Sebalu Ngenang kedua bali nama Batu Anggung Ke Beruntung Mali Balang (apai Tutung). Endur Tembawai Bejuah tu kelia kenu ku jerita tuai bansa Iban nya ba urung bila tiga Batang Ketungau, pati Batang Kapuas iya nya semak Lemu enggau Lepung Lidong dalam sitak Kabupaten Sintang, Kapuas Tengah, Kalimantan Barat, Indonesia ke diatu.Bansa kitai ke ngumbai diri Iban bisi dua kali ampit enggau beserara besai. Keterubah iya lebuh beserara enggau sida Sengalang Burung, Sempulang Gana, Ribai, Apai Sabit Bekait, Ngelai enggau semua leman utai enseput di dunya tu ke nyadi ba menua Tembawai Bejuah. Sida nya kelia ke beserara enggau pangan diri ari Tembawai Bejuah nadai tentu temu kebuah ke nyemetak tauka bebatang lalu pengingat orang ke tuai ari ai siti enggau ai siti nadai tentu sebaka lalu mayuh besibil.Sekeda tuai ari Batang Engkari enggau Kalaka, Saribas madahka kitai Iban kelia beserara bepun ari sida ti berebutka pintu mas enggau Buah Nimung tauka Buah Pauh Bali tauka Buah Pauh Laba ti tumbuh ba belakang Antu Gumba laban Buah Pauh Laba nya tau ke pengaruh kena matak serang. Pengingat sekeda tuai ari Batang Undup madahka penyerara nya kelia ketegal Bungai Nuing ti udu mejal Sengalang Burung berayah maya ngintu Gawai Burung, iya nya lebuh sida ke pugu-pugu berani berayah ngelingi pun sabang di tanju. Lebuh iya berayah, dia kaki Sengalang Burung lama agi tinggi agi begantung ari tikai peda sida ti lalu ngujungka iya terus ke langit. Ari nya, Sengalang Burung mih tuai keterubah angkat ninggalka Tembawai Bejuah nya kelia.Sekeda tuai ari Batang Skrang madahka sida ti beserara nya ketegal ari Antu Tapang ti enchuri semakau ari Sintau. Dikena malas penyai Antu Tapang, Sintau lalu mukung Antu Tapang enggau tai sereta manching iya kemi. Nya mih kebuah jugi (isi tumbung) idang manyi masam nyentuk ke sehari tu.Bisi mega orang ke tuai madahka penyerara di Tembawai Bejuah nya kelia ketegal ari Keling ke belaya enggau Apai Sambang Rumbang Kesuling, berebutka taring tengiling tau ke aning simpai lengan. Laban Aki Nyakai Lang Benguk (Sengalang Burung) udah belaya enggau Apai Selulut Ribut Ngusuk, berebutka batu tanduk pelanduk tau ke penunduk madamka seruan. Laban Laja seduai Pungga udah belaya ngelaban Apai Bua Buga, berebutka batu punggung kesa mesai ma tekaran Kayan. Laban Ngelai seduai Tutung udah belaya ngelaban Apai Sambang Rumbang Ketebung, berebutka batu tanduk adung raja ikan. Ditetak kitai ngena jaku pandak, sida tu beserara kelia ketegal ari berebutka pengaruh tauka berebutka kuasa laban sama enggai alah ari pangan diri.Penyerara ke dudi agi kenu ku jerita tuai ari Batang Lemanak madahka kitai Iban beserara enggau orang Panggau Libau bepun ari Apai Keling ke benama Chang Chelawang enda ulih peda agi udah iya ke makai sili tauka silui ural tedung. Penyerara tu nyadi di Nanga Semitau, pemindah sida ari Lawai Labai. Lawai Labai tu tembawai lama Iban enggau Orang Panggau udah ke beserara besai ari Tembawai Bejuah (Tembawai Tampu Juah). Maya ke beserara ari Tembawai Bejuah kelia;Sengalang Burung pindah ke Tansang Kenyalang. Ari Tansang Kenyalang, Iya pindah baru ke Tuchung Besanjung Besinjang, Tatai Redai Isang (kebung langit) nabanka gerempung balang begeman. Ba penyerara keterubah tu, kitai Iban agi begulai enggau orang Panggau. Bisi jerita madahka kitai Iban enggau orang Panggau agi diau di Tembawai Bejuah sepengudah beserara besai. Ari Tembawai Bejuah tu mih Iban enggau orang Panggau pambar ari pangan diri laban enda tan begulai enggau Bungai Nuing. Pun jerita iya keterubah tu baka tu:Nyau pengelama ke diau di Tembawai Bejuah, Gemuring Gading parai tuai laban selalu dipekung penyakit pedis perut. Dikena bebasaka pemati iya, ulit diletak sida pengelama tiga taun. Maya ke ngulit betambit enggau langit, bekenang melintang bukit nya, semua utai idup enda diasuh ragak. Enti manuk engkukuk, manuk sayat. Enti babi meruik, babi bunuh. Anak mit enda diasuh inggar lalu utai idup ke bukai enti bisi didinga richah terus bunuh tekala nya.
Cerita diperolehi dari Orang Tua/Aki/Apai Tuai
ApaiDom

PERJUMPAAN RAKAN PTT(Push 2 Talk) DI PAPAR PADA : 15/08/2009


inilah gambar rakan yang paling menyedihkan kerana tewas dengan harimau

Gambar beramai yang hadir malam perjumpaan PTT

kiri Sitewas(G7) tengah(kemajau) kanan(CTU/raja antu)

Saudara Pak Castello/zainal (api janggo)

Roy Master/raja ombak

kiri(Sauadara saga) tengah(gegar) kanan(terlupa pulak sapa)

kiri(olego) tengah(olego bro) kanan(G7 yang masi belum tewas)

kiri/tengah tidak dipasti sapa,kanan(tambuakar)

rakan tengah tengok Nombol/4D

Mr KC dari sipitang, kanan(kingkong)

MPV Elit PDRM (EVO-X)





Polis Diraja Malaysia telah memperkenalkan Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dimajlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 di PULAPOL Kuala Lumpur pada 25 Mac 2009 dan dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

Polis Diraja Malaysia telah mendapat perolehan kenderaan pasukan jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) yang dibekalkan oleh Syarikat Mitsubishi Motor (M) Sdn Bhd mengikut KDN/POL/PT/5/2008 bertarikh 1/7/2008 sebanyak 25 unit. Mitsubishi telah mengeluarkan Lancer Evolution 1 - CD9A pada tahun 1992 dan kenderaan itu telah direka sesuai untuk litar lumba. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ini telah direka khas oleh Mitsubishi Motor di Jepun,sesuai untuk penugasan dan kegunaan PDRM.

Kenderaan ini adalah setiap masa All Wheel Drive (AWD). Sistem S-AWC (Super All Wheel Control) yang dilengkapkan pada Steering Wheel membolehkan kenderaan beroperasi di dalam 3 bentuk persekitaran yang berbeza di Malaysia iaitu untuk permukaan kering, permukaan yang tidak rata atau basah dan permukaan yang terlampau licin.Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dijana enjin aluminium 4B11 Mivec 1,998 cc dan jenis enjin - DOHC 16-valve Mivec Intercooler Turbocharged, Single Turbo dengan transmisi manual lima kelajuan (W5M6A) dan mempunyai 4 silinder. Enjin berprestasi tinggi ini menghasilkan tenaga 291 bhp @ 6,500 rpm dan pecutan maksima EVO-10 ialah 242 km/j. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.2 saat.

Spesifikasi berat tanpa muatan Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ialah 1,565 kg, tinggi keseluruhan ialah 1,480 mm (1.48 m) lebar keseluruhan ialah 1,810 mm dan panjang keseluruhan 4,510 mm. Muatan tangki bahan api ialah 72 liter dan menggunakan bahan api jenis petrol (RON 98).


Kenderaan ini dilengkapi dengan Keyless Operation System di mana pemandu tidak perlu memasukkan kunci ke Ignition System semasa hendak menghidupkan enjin. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga dilengkapi sistem ETACS dimana pemandu boleh menaikkan tingkap cermin di dalam keadaan Ignition Off. Wiper juga akan beroperasi secara automatik apabila cuaca hujan dan lampu besar akan beroperasi secara automatik pada waktu malam. Sistem keselamatan kenderaan ini juga dilengkapi dengan 7 modul airbag.Bagi memantapkan lagi Mitsubishi Evolution -X (Evo-10), PDRM telah memasang set radio jenis Motorola XTL 5000, dilengkapi dengan sistem C4i (Command, Control, Communication And Integration), peralatan ILSS Arjent S2 LED 12v dan juga tempat letak senjatapi MP5.

Latihan pemanduan khas Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga di adakan selama 3 minggu di Maktab Teknik PDRM dan kelayakan pemandu adalah terdiri daripada peserta yang telah menghadiri Kursus Pemanduan Standard. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) akan ditempatkan sebagai penugasan EMPV untuk Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur selain ditempatkan di lain-lain kontinjen, dalam usaha mempertingkatkan keupayaan tugas-tugas rondaan.


Sumber dari Laman Web Resmi PDRM


Script ini di sediakan oleh ApaiDom904